Appearance
Behaviour
Communication
Development
Buku tulisan Hafiz Mustapha atau CuteCarry iaitu seorang penceramah, perunding imej dan usahawan yang telah mengendalikan seminar IMEJ dan PEMBANGUNAN diri kepada berbelas ribu peserta. Hafiz Mustapha adalah perunding imej telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Beliau adalah Naib Presiden Federations of Image Profesionals Malaysia (FIPI) Malaysia dan bekas Vice President (Marketing), Association of Image Profesional Malaysia. Beliau adalah CEO untuk CuteCarry Sdn Bhd dan Super Stitch. Klik DI SINI untuk maklumat lanjut penulis.
KATA PENGANTAR BUKU INI DITULIS OLEH DR AZIZAN OSMAN
BAB 1: Berubah atau tidak
Tips untuk anda lebih YAKIN dan BERANI untuk berubah.
BAB 2: ETIKA PAKAIAN
Nampak remeh tapi jika salah pilih, rosak segalanya. Biar nampak bergaya tanpa perlu menghabiskan banyak wang. Ketahui perbezaan antara cara berpakaian untuk bertemu kerabat diraja sehingga hadir perbincangan kasual di kedai kopi.
BAB 3: AKSESORI
Kasut perlu sesuai, tali pinggang jenis yang mana dan beg apa yang membuatkan anda nampak bergaya. Banyak lagi tips pemilihan aksesori yang diterangkan dengan lebih mudah.
BAB 4: BENTUK BADAN
Pemilihan pakaian yang salah meyebabkan anda nampak TERUK. Kenali bentuk badan dan pilih baju. Tips yang diberikan mudah sangat!
BAB 5: RAMBUT dan TUDUNG
Potongan rambut apa yang sesuai untuk lelaki? Tudung jenis mana yang sesuai untuk bentuk muka anda? Banyaknya tips diberikan.
BAB 6: KEBERSIHAN
Badan berbau akan menyebabkan orang sekeliling tidak selesa. Tips untuk penjagaan kebersihan diri, daripada penjagaan rambut, mulut sehinggalah pada pemilihan minyak wangi.
BAB 7: WARNA
Apakah warna yang sesuai dengan kulit anda agar nampak berseri? Bagaimana hendak suai-padan warna agar tidak nampak pelik?
Beza negara, berbeza etika. Etika makan (fine dining) dan etika dikhalayak akan dirungkai dalam bab ini. Cara bersalam sehinggalah kepada cara bergaul dengan orang ramai. Mudah dan ringkas tapi padat.
BAB 9: KOMUNIKASI
Percakapan bukanlah satu-satunya medium komunikasi. Terlalu banyak cabang komunikasi yang boleh diamalkan agar anda nampak hebat di kaca mata ramai!